• UM Eye Research Centre (UMERC)
  • ra.umerc@um.edu.my
logo
logo

Program KPT Prihatin Madani

 

Johor Bahru 8 September - Program KPT PRIHATIN MADANI kali ini dianjurkan oleh PPUM dan diadakan di Projek Perumahan Rakyat Seri Rampai di Johor Bahru.Program saringan kesihatan ini dijayakan oleh anggota dari pelbagai jabatan di PPUM termasuklah wakil dari Pengurusan Tertinggi, wakil Jabatan Kejuruteraan, jururawat-jururawat, wakil Jabatan Radiologi, pegawai farmasi, pegawai fisioterapi dari Jabatan Pemulihan, pegawai pembantu tadbir dan juga pemandu bas PPUM.Program saringan kesihatan ini telah mengadakan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dan juga melakukan pemeriksaan paras kolesterol.

Pemeriksaan mata kali ini telah dijayakan oleh pakar mata, pegawai optometri, dan juga pegawai perubatan sarjana kepakaran mata. Pemeriksaan saringan termasuk Visual Acuity untuk semua pesakit, saringan fundus imaging untuk orang dewasa dan juga auto-refractometer untuk semua pesakit kanak-knak. Mesin Spot Vision telah dipinjamkan oleh Malaysian Society of Ophthalmology dan dua unit mesin Horus Handheld Fundus Imaging (rujuk gambar) dari syarikat Excimed Sdn Bhd. 131 pesakit telah menjalani saringan mata. 56 pesakit telah dirujuk kepada optometris dan klinik mata untuk pemeriksaan susulan.

Last Update: 03/10/2023